Friday, May 15, 2009

Introductory Post


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2007 merupakan point in my life dimana segalanya berubah bagi saya. Dalam tahun 2007, saya graduate, saya mula mencari dan mencuba kerja-kerja mengikut kesesuaian saya (you will never believe what me and my friend went through...), fly ke Australia untuk sambung belajar, mencari lagi kerja baru di negara orang (termasuklah kerja di tempat yang paling kotor pernah saya pergi), mengikat perut dan mencatu makanan kerana kekurangan bekalan makanan selama 2 bulan, berjumpa dengan pelbagai ragam dan jenis manusia, dan pelbagai lagi peristiwa yang mengubah mentaliti dan cara hidup saya.

Saya berubah dari seorang yang pemarah, menjadi orang yang lebih tenang. Dari kehidupan yang tension kepada kehidupan yang lay back and relax (relax, its Queensland!), dan yang penting, kini saya jadi seorang yang lebih bertanggungjawab (insyaAllah saya bakal menyambut anak sulung saya November ini). Pengalaman mengajar segalanya. Tahun 2007, merupakan titik permulaan segalanya bagi saya.

Disini, saya ingin kongsi bersama, segala pengalaman saya merantau di negara orang, tempat-tempat camping menarik yang pernah saya pergi, pengalaman berpengakap disini, dan mungkin yang paling banyak ialah pengalaman saya berkerja sebagai cabbieeee....! Heheh..! Anda mungkin tidak percaya dengan cerita dan pengalaman saya, tapi percayalah, sebagai pemandu taxi di Surfurs Paradise (Gold Coast), saya banyak melihat kebodohan mat saleh disini, kelakuan dan kejadian yang tidak pernah anda saksikan atau terfikir sebelum ini. Salah seorang dari rakan saya, Syafik, pernah kata pada saya: "One thing about being a cabbie here is; you will never ran out of idea to tell people stories...."

Take care, have a great life...

Wassalam

Ismail Ibrahim
15 May 2009

Toowoomba, Australia